my nuff

Filem Dilwale - Mengecewakan


Filem Dilwale lakonan raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan dan pasangan serasinya Kajol memang dinanti-nantikan oleh semua peminat filem bollywood khasnya peminat SRK dan Kajol termasuk akak.
Ramai yang tertanya-tanya adakah filem yang dibuat sempena 20 tahun Dilwale Dulhania Lejayenge ni dapat memberi impak yang besar pada dunia Bollywood. Apatah lagi ramai yang merindukan gandingan SRK dan  Kajol di layar perak. sebab kali terakhir mereka digandingkan dalam Filem My Name Is Khan pada tahun 2010 yang lepas.
Sebelum akak berkesempatan menonton filem Dilwale ni, akak ada terbaca satu artikel di akhbar yang menyenaraikan filem Dilwale antara yang terburuk untuk tahun 2015. Aikkk... Biar betul. Kenapa jadi yang terburuk. Kalau tengok trailer dan klip lagu dalam filem ni, bukan main gempak lagi. Tapi akak tak mau cakap apa-apa lagi sebelum menonton sendiri filem tu sendiri.
Dan akhirnya, bila akak berperluang untuk menontonnya, memang benar seperti yang dinyatakan analisis tu. Sepanjang 2 jam 34 minit durasi filem tu, akak tertunggu-tunggu mana gempaknya filem Dilwale ni. Walaupun akak peminat tegar SRK dan akak dah tengok hampir semua filem lakonannya, tak semestinya akak minat semua lakonannya. Ada juga beberapa filemnya yang akak tak berapa suka nak tengok seperti Hum Tumhare Hai Sanam dan Chalte Chalte. Dan Dilwale juga akan termasuk dalam senarai tersebut.
Bagi akak, yang mungkin buat penonton tertunggu-tunggu apabila adegan SRK dan Kajol. Selebihnya hanya menyemakkan. Kemudian dengan lambakan pelakon pelawak dalam filem tu, buat akak rasa mual. 
Jalan ceritanya agak terkejar-kejar sebab semuanya seperti tak menjadi, lawak yang tak kelakar dan aksi yang biasa-biasa je melainkan adegan SRK/Kajol. Tak pasti apa pokok utama dalam filem tu, mungkin sebab nak menyatukan cinta lama yang terpisah. Tapi tetap tak sampai ke hati. Kesemuanya anti klimaks, nak ketawa tak berapa lucu, nak nangis pun tak berapa sedih, mendebarkan pun tidak. Senang cakap bila habis tonton cerita tu, perasaan KOSONG.
Kali ni magis Rohit Shetty (pengarah filem) dan SRK tak berapa menjadi. Akak pernah menonton filem mereka sebelum ni. Dan sampai sekarang akak tak pernah jemu untuk menontonnya iaitu Chennai Express. Memang best. Dan akak mengharapkan Dilwale akan jadi lagi best tambahan pula ada Kajol. Tapi mengecewakan.Sedih betul.

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

Saya tak kisah, janji SRK semua saya kata best... ha ha ha...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff