my nuff

Semalam di Kuala Lumpur

Semalam akak dengan 4 orang lagi kawan sepejabat ke Kuala Lumpur. Tujuannya untuk cari baju batik untuk kakitangan kat ofis. Kami bertolak dari Temerloh dalam jam 9 pagi dan tiba di Jalan Tunku Abd Rahman jam 11 pagi. Untuk mudahkan urusan kami parking di SOGO dan jalan kaki ke Jakel. Pusing-pusing juga kami cari bangunan baru Jakel tu. Tanya orang, guna GPS baru jumpa Jakel. Sampai di Jakel, kami bernasib baik sebab tengah ada Sales sempena hari raya hingga 14 Februari ni. Dengan bantuan pekerja Jakel tu, akhirnya kami jumpa kain yang kami hajati. Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat, tema batik kali ini ialah warna hijau lumut. Jumlah kain yang diperlukan 59 meter dan kami minta pekerja jakel tu potong kain tu ikut pasang yang kami kehendaki. Sementara tunggu kain siap dipotong, kami pusing-pusing dalam bangunan jakel tu. Dari tingkat ke tingkat kami naik, cuci mata. Hahahaha. Ada juga antara kawan akak yang tak lepaskan peluang untuk beli belah di gedung kain ternama tu. Selesai urusan diJakel, jam dah pukul 12 tengahari. Ada antara kami yang ingin masuk ke kedai tudung Hajra yang kebetulan berhampiran dengan Jakel tu. Tapi akak hanya duduk je sementara tunggu diorang cuci mata. Sebab akak dah gigil kelaparan. Point lepas ni nak cari tempat makan. Ada yang mencadangkan untuk makan di medan selera SOGO tapi macam jauh sangat nak patah balik. Sebab lepas tu nak beli belah kat aked pulak. Haihhh gitulah kaedahnya kalau ikut orang pompuan berjalan.
Kami pilih Restoran Zamzam untuk menjamu selera. Sebab tekak akak memang tak boleh masuk masakan restorab mamak yang sememangnya ada banyak di Jalan TAR tu. Juadah pilihan akak nasi beriani ayam dan sirap longan. Boleh tahan lah sedapnya. Lagipun tengah lapar, semuanya sedapkan.
Selesai makan, sambung balik cuci mata di kedai-kedai kain kecil di aked. Pada mulanya, driver akak pun ikut sekali, tapi tak lama sebab lama sangat. Akak pun pada mulanya tunggu juga kawan2 akak belek-belek kain kemudian tawar menawar tapi tak beli juga.
Tapi ada sesuatu yang menarik hati ibu ni. Di kedai pertama, terdengar suara bayi menangis. Tak lama lepas tu kelihatan seorang lelaki sedang  bangun dari ruang kecil dalam kedai tu sambil dukung bayi. Terkedu akak bila tengok bayi tu. Pada hemat akak usia bayi tu belum pun mencecah sebulan. Aduh yai.... Dengan keadaan sesak panas macam tu, yang kebersihannya belum tentu ada lagi, apalah erti selesa untuk bayi sekecil itu. Tak lama tu datang seorang wanita mungkin ibu bayi tu datang memujuk dan menyuakan susu botol pada bayi itu.
Akak tak lama di situ, terus ikut kawan akak ke kedai lain dalam lorong tu. Sekali lagi tangkai hati ibu ni tersentap. Dibelakang ruang kecil macam kedai tadi, terpandang budak lelaki seusia Firas tidur di atas lantai hanya beralaskan bantal dan kain nipis. Hanya berseluar pendek tanpa baju. Aduhhhh.... Tiba terasa mata berkaca dan rasa rindu sangat dengan Firas. Tak boleh jadi macam ni. Terus akak keluar dari lorong tu dan ikut driver akak tunggu diseberang jalan. 3 orang rakan akak tadi masih meneruskan operasi belek kain disetiap lorong aked tu.
Nak menghilangkan rasa sendu tadi akak ajak driver akak masuk kedai buku. Kebetulan driver akak tu pun memang minat membaca. Akak hanya tengok2 je buku dalam tu. Nak beli novel baru? Rasanya tidak sebab ada lagi novel yang akak dah beli tapi belum baca lagi. Tapi driver akak beli juga buku yang tajuknya AlQasam. Memang bagus driver akak ni kan.
Keluar dari kedai buku, kawan akak tadi masih belum selesai shopping kat dalam lorong2 tu. Akak ajak driver akak pergi Sogo sebab jari dah berbelang pegang beg plastik kain jakel tadi. Lagi pun akak nak ke tandas sekali. Tambahan pulak cuaca macam nak hujan. Daripada terlambat baik pergi tempat berteduh dulu.
Habis pusing dalam sogo, dan kawan akak yang tiga orang tu pun dah pulang ke pangkal jalan, hehehehe, kurang lebih 4 petang kami bertolak balik ke Temerloh. Dalam perjalanan berhenti di kawasan rehat Genting Sempah untuk solat dan terus gerak balik ke Temerloh.
Pun begitu sehingga mata ingin terpejam, bayangan bayi dan kanak2 di lorong kedai kain tu masih terbayang. Menitip rasa syukur yang teramat sangat bila akak masih mampu memberi keselesaan yang sempurna untuk 3 Amirul akak. Syukur Alhamdulillah.

1 comment:

Mrs Velentine said...

cantik batik tue kak..sedih bila kak cerita pasal anak2 tue...tersentuh hati ibu ni

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff