my nuff

Cerita Dari Hospital - Mangsa Ibu


Bila Fahim masuk wad semalam sebab nak buat ct brain, ada beberapa kanak-kanak lain yang menarik perhatian akak. Salah seorangnya kanak-kanak perempuan umur 10 tahun. Bila tengok budak tu, tertanya-tanya juga apa sakit budak ni. Ditangannya tiada pun jarum terlekat. Dia merayau sendirian. Ambil air sendiri. Aikkk... mana penjaga anak ini. Menjelang petang barulah muncul seorang tua iaitu nenek budak tu.
Nak dijadikan cerita, setelah beberapa jam Fahim duduk di katil tumpang sebab wad penuh, akhirnya Fahim ditempatkan di katil bersebelahan dengan budak itu tadi. Atas rasa ingin tahu, akak pergi jenguk ke katilnya nak tengok apa sakit budak tu. Tapi malangnya tiada pelekat dikatil budak tu. Kalau nak tau, pada kebiasaannya di pelekat itu, kita akan tahu nama, umur dan disiplin. Disiplin tu akan nyatakan apa kes bagi setiap pesakit. Macam Fahim disiplin ophtal iaitu mata.
Sedang duduk di tepi katil Fahim, nenek anak tu datang bertanya khabar. Baru lah akak tahu apa kisah sebenarnya.
Anak perempuan itu rupanya mangsa dera ibunya. Dan sebenarnya dah lama dia jadi mangsa ibunya. Anak sulung dari 4 adik beradik ni pernah dicurah air panas, kesan lebam merata-rata akibat dicubit, klimaksnya telinganya berdarah akibat ditendang ibunya. Itupun bila dia ke sekolah baru isu tu terbongkar. Cikgu sekolahnya minta dia buka tudung kerana telinganya sakit. Bila tudung dibuka, ada darah yang mengalir keluar. Setelah ditanya oleh cikgu, barulah dia beritahu telinganya ditendang oleh ibunya. Serta merta cikgunya buat laporan polis dan hubungi Jabatan Kebajikan.
Lantaran itu, ibunya ditahan polis dan anak itu masih menjalani rawatan di hospital. Menurut neneknya, selepas selesai rawatan, anak itu akan terus dibawa ke Jabatan Kebajikan. Mujur adik-adiknya yang lain tak jadi mangsa ibunya.  Pun begitu, sementara ibunya ditahan polis, adik-adik yang lain akan dipelihara oleh nenek tadi seorang ibu tunggal.
Hmmm... tak tahu lah nak kata apa. Kalau mendengarkan cerita nenek tadi, memang geram yang amat. Balik dari sekolah anak ini tidak akan dibiarkan bermain, segala tanggungjawab mengasuh adik-adiknya akan tergalas dibahu kecilnya itu. Ibunya hanya tidur, makan, main telefon.
Untuk Farah Ain, mak cik doakan Farah menjadi insan yang cemerlang suatu hari nanti.
Kalau ada yang tertanya mana ayahnya, lelaki itu dah menghilangkan diri tanpa dikesan. Hmmmm...

Jangan Peluk Saya, Orang Ramai Ni


Pagi ni sebelum pergi sekolah, Faiz ada buat kesalahan yang membuatkan hati ibu ni geram yang teramat. Dalam kereta lepas kena marah berdas-das dari ibu dia ni, Faiz tunduk je. Lepas hantar Firas ke Tabika, akak tanya dia. "Faiz ada nak cakap apa-apa ke?". "Minta maaf mama." Tu je tiga patah perkataan yang dia cakap. Tapi tak pa, hati panas ibu ni dah sejuk sebelum perkataan maaf tu lagi. Sebab apa? Bila anak kita buat kesalahan, itu bermakna ada silap kita dalam mendidik mereka. Muhasabah diri dan Istigfar banyak.
Berbalik pada cerita Faiz tadi, sampai je ke sekolah, lepas akak hantar diorang sampai ke kantin (sebab nak tulis nama Fahim untuk tempahan nasi tengahari), macam biasa Fahim akan salam dulu sebab hormon adrenalin Fahim memang tahap maksimum bila sampai ke sekolah. Apatah lagi bila nampak kawan-kawan sekelasnya. Lagilah dia tak sabar. Bila sampai giliran Faiz, dia salam akak, dan akak cium dahinya. Akak tarik dia nak peluk. Sebab tadi dia dah down kena marahkan. Jadi kenalah bagi semangat balik. Dah lah hari ni ada peperiksaan. Masa akak nak peluk tu, dia tersipu malu. "jangan peluk saya, orang ramai ni" Aikkk... mak peluk anak pun malu. Hmmm... tak pelah Faiz, biar rasa malu berpeluk tengah orang ramai tu kekal sampai bila-bila. Sekurang-kurangnya, Faiz tak da lah sesuka hati nak peluk anak dara orang bila dah besar nanti.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff