my nuff

Train To Busan - Cerita Zombie Korea


Siapa dah tengok filem ni. Akak baru dapat tengok petang tadi lepas en suami download. Sebelum ni ada juga yang review pasal filem ni. Rata-rata bagi komen yang positif. Hmmm... ok. Best sangat ke cerita ni. Sebab akak memang tak berapa nak layan sangat filem korea ni. Sebab tu juga akak tak tergerak pun nak google pasal filem ni. 
Tapi sebab kredit yang filem ni dapat bagai menjentik-jentik hati akak untuk tonton filem ni. Pada permulaan cerita, memang akak kosong. Dalam jangkaan akak mungkin cerita tentang rampasan keretapi ke, kemalangan keretapi ke. Rupa-rupanya cerita pasal zombie. Adeh. Dah lah cerita pasal zombie memang tak pernah tersenarai dalam carta filem/drama yang akak akan tonton.
Macam filem-filem zombie yang lain, akak tetap tak faham macam mana zombie tu boleh wujud. Atau ada adegan yang akak terlepas pandang. Tak pe, esok boleh tengok lagi sekali. Hehehe.
Dalam Train To Busan, ada geram, sakit hati dan sedih. 
Geram sebab budak tu sesuka hati je nak merayau sana sini. Dah menyusahkan ayah dia nak cari dia.
Sakit hati bila tengok ada penumpang yang pentingkan diri sendiri.
Sedih bila ada yang terpaksa korbankan diri demi orang yang tersayang.
Secara keseluruhannya, Train To Busan bagi akak yang bukan peminat filem korea dan zombie, filem ni biasa-biasa je. Sekadar untuk ditonton. Sekurang-kurangnya bila ada yang bercerita tentang filem ni, akak boleh menyampuk sekali.

Telur Puyuh Atau Biji Getah

Sejak kebelakangan ni, viral di facebook yang konon-kononnya tak tau nak bezakan antara biji getah dengan telur puyuh. 
Tak pastilah, sama ada hamba Allah tu memang benar-benar tak kenal mana satu telur puyuh atau biji getah atau sengaja memperbodohkan diri untuk menarik perhatian. 
Meh sini akak tepekkan dua-dua gambarnya sekali.

Telur Puyuh

Biji Getah

Cuba perhatikan betul-betul, kan lain sangat tu. 
Tak tau lah kalau memang seumur hidup tak pernah jumpa dengan biji getah tu. 
Bagi akak sendiri, biji getah tu memang permainan akak masa kecil-kecil dulu.
Almaklumlah akak kan anak peneroka a.k.a penoreh getah.
Boleh buat main guli atau buat buah congkak.
Lepas tu suka gosok dua biji getah tu sampai panas, 
Kemudian letak kat tangan kawan. 
Panas wooo. Hehehehe

Meh nak tunjukkan pulak macam mana rupa buah getah tu.

Buah Getah

Yang tu buah getah yang masih muda. 
Nak dapat biji getah macam kat atas tu, tunggu buah getah ni masak dan kering. 
Lepas pecah akan keluarlah biji getah tu. 
Biasanya tunggu jatuh ke tanah lah.
Tak kuasa nak panjat pokok getah tu semata-mata nak ambil buah getah tu.
Satu perkara yang yang kebanyakan orang tak tau ialah isi biji getah tu boleh makan tau.

Isi Biji Getah

Kalau dulu, bila ikut ayah akak ke kebun, kami adik beradik akan buat unggun api.
Isi biji getah ni cucuk kat lidi macam sate tu, kemudian bakar.
Dan boleh dimakan.
Sedap, ada rasa macam makan kacang.

Pesan akak pada adik-adik kat luar sana, kalau jumpa sesuatu yang pelik, jangan terus snap gambar dan post ke FB. 
Tanya dulu pada yang tahu. 
Dah tak pasal-pasal satu dunia gelakkan awak.
Lainlah kalau awak memang jenis gila glemer.
Buat benda bodoh pun tak pe, asalkan femes...


Gemuk Tanda Bahagia?


Alahai, sejuk hati akak bila baca statement Dato Terlajak Laris ni. Kalau gemuk maknanya dia paling bahagia. Hehehehe. Iye ke.
Tak bahagia pun bila gemuk ni, Banyak baju dalam almari hanya mampu pandang je tapi tak mampu nak sarung. Huhuhu..
Macam mana lah akak nak kurus macam 6 tahun lepas. Hari-hari kat office dapat makan free, Teh tarik ada orang siap bancuhkan. Adeh...
Esok hari Jumaat, confirm ada yang open table nya. 
Ce habaq mai, camna akak nak bagi kughuih badan akak ni...

Boleh Ke?


Sem baru dah bermula. Yes...Yes.. Yes... Excited akak dapat masuk keas balik. Walaupun dua minggu sekali. Hehehehe.
 Kalau ikutkan jadual yang sebenar, akak mula kelas pada 25 September ni di Pahang Learning Centre. Pening juga sebab hari yang sama akak kena terbang ke Kuching untuk audit sekolah di sana. Alahai.. dah kena ponteng satu kelas. (Walaupun tak wajib, tapi hadir kelas tu penting tau). Hmmm... nak buat macam mana, redha je lah.
Nak dijadikan cerita, sebelum raya haji hari tu, kawan kelas akak whatsapp akak ajak pergi ke Mentakab Learning Centre untuk masuk kelas. Mentakab LC mula kelas pada 18 September yang lepas. Akak tanya dia boleh ke, sebab nama kami kan ada kat Kuantan. Dia cakap, dia dah semak subjeck yang kami ambil untuk sem ni ada di Mentakab, Cuma kena satu kelas dengan pelajar yang berlainan kursus. Dan dia pun, dah maklumkan kepada penyelaras Mentakab LC.
Hmmm... Akak apa lagi, memang pucuk dicita ulam mendatanglah. Tak payah ponteng kelas. Dah la nak ke Mentakab hanya 15 minit je dari rumah akak. Berbanding nak berulang ke Kuantan yang makan masa hampir dua jam. Dengan kos petrol lagi, tol lagi. Jimat... jimat....
Syukur Alhamdulillah. Selesai satu bab. Lepas ni boleh tumpukan nak buat tugasan pula.

Mama, dia suruh pergi KFC!!!


Tengah Firas leka layan Youtube di handphone akak, tiba-tiba dia jerit.
"Mama, dia suruh pergi makan KFC"
"Jom lah kita pergi makan KFC."
Ini semua angkara iklan yang tiba-tiba muncul tu. Iklan KFC pulak tu.
Adeh... Anak... Anak...
Bermulalah rintihan, rengekan, pujukan dengan tema KFC.
Disebabkan abang-abang dia dah lama tidur, akak gunakan alasan tu untuk pujuk Firas.
"Kita pergi esoklah, Faiz dengan Fahim tidur tu."
Akhirnya dia termakan dengan pujukan mamanya ini.
Hehehehe

Orang Tua vs Budak 4 Tahun

Mesti ada yang dah tengok video yang sedang viral sekarang. Bila mana seorang lelaki dewasa nak 'serang' budak lelaki 4 tahun. Dalam video tu dari mata kasar memang ketara lelaki yang dewasa tu tak berapa matang bila tidak bertoleransi dengan anak kecil tu. Terjerit-jerit seperti budak tu dah buat kesalahan yang maha besar. Bila baca caption ibu anak itu, lelaki tu sebelum tu telah melempar kata-kata yang kurang manis.


Tapi itu dari mata kasarlah. Tapi cerita sebaliknya kita tak tahu. Ada yang komen bagi tahu yang budak tu sengaja baling putik mangga tu ke kereta pak cik tu sampai 3 kali. Dan sebelum tu budak tu memang main tepi jalan dan baling objek ke kereta yang lalu lalang.
Memang bahayalah. Dalam hal ni, akak rasa dua-dua pihak salah. Sepatutnya ibu anak tu perhatikan tingkah anaknya dan larang. Dan lelaki tua tu pulak tak sepatutnya tempelak orang macam tu sekali.
Tapi entahlah. Bila benda-benda macam ni dah viral, macam-macam interpetasi dari orang yang tidak tahu apa kisah sebenarnya yang berlaku.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff