my nuff

Train To Busan - Cerita Zombie Korea


Siapa dah tengok filem ni. Akak baru dapat tengok petang tadi lepas en suami download. Sebelum ni ada juga yang review pasal filem ni. Rata-rata bagi komen yang positif. Hmmm... ok. Best sangat ke cerita ni. Sebab akak memang tak berapa nak layan sangat filem korea ni. Sebab tu juga akak tak tergerak pun nak google pasal filem ni. 
Tapi sebab kredit yang filem ni dapat bagai menjentik-jentik hati akak untuk tonton filem ni. Pada permulaan cerita, memang akak kosong. Dalam jangkaan akak mungkin cerita tentang rampasan keretapi ke, kemalangan keretapi ke. Rupa-rupanya cerita pasal zombie. Adeh. Dah lah cerita pasal zombie memang tak pernah tersenarai dalam carta filem/drama yang akak akan tonton.
Macam filem-filem zombie yang lain, akak tetap tak faham macam mana zombie tu boleh wujud. Atau ada adegan yang akak terlepas pandang. Tak pe, esok boleh tengok lagi sekali. Hehehe.
Dalam Train To Busan, ada geram, sakit hati dan sedih. 
Geram sebab budak tu sesuka hati je nak merayau sana sini. Dah menyusahkan ayah dia nak cari dia.
Sakit hati bila tengok ada penumpang yang pentingkan diri sendiri.
Sedih bila ada yang terpaksa korbankan diri demi orang yang tersayang.
Secara keseluruhannya, Train To Busan bagi akak yang bukan peminat filem korea dan zombie, filem ni biasa-biasa je. Sekadar untuk ditonton. Sekurang-kurangnya bila ada yang bercerita tentang filem ni, akak boleh menyampuk sekali.

Telur Puyuh Atau Biji Getah

Sejak kebelakangan ni, viral di facebook yang konon-kononnya tak tau nak bezakan antara biji getah dengan telur puyuh. 
Tak pastilah, sama ada hamba Allah tu memang benar-benar tak kenal mana satu telur puyuh atau biji getah atau sengaja memperbodohkan diri untuk menarik perhatian. 
Meh sini akak tepekkan dua-dua gambarnya sekali.

Telur Puyuh

Biji Getah

Cuba perhatikan betul-betul, kan lain sangat tu. 
Tak tau lah kalau memang seumur hidup tak pernah jumpa dengan biji getah tu. 
Bagi akak sendiri, biji getah tu memang permainan akak masa kecil-kecil dulu.
Almaklumlah akak kan anak peneroka a.k.a penoreh getah.
Boleh buat main guli atau buat buah congkak.
Lepas tu suka gosok dua biji getah tu sampai panas, 
Kemudian letak kat tangan kawan. 
Panas wooo. Hehehehe

Meh nak tunjukkan pulak macam mana rupa buah getah tu.

Buah Getah

Yang tu buah getah yang masih muda. 
Nak dapat biji getah macam kat atas tu, tunggu buah getah ni masak dan kering. 
Lepas pecah akan keluarlah biji getah tu. 
Biasanya tunggu jatuh ke tanah lah.
Tak kuasa nak panjat pokok getah tu semata-mata nak ambil buah getah tu.
Satu perkara yang yang kebanyakan orang tak tau ialah isi biji getah tu boleh makan tau.

Isi Biji Getah

Kalau dulu, bila ikut ayah akak ke kebun, kami adik beradik akan buat unggun api.
Isi biji getah ni cucuk kat lidi macam sate tu, kemudian bakar.
Dan boleh dimakan.
Sedap, ada rasa macam makan kacang.

Pesan akak pada adik-adik kat luar sana, kalau jumpa sesuatu yang pelik, jangan terus snap gambar dan post ke FB. 
Tanya dulu pada yang tahu. 
Dah tak pasal-pasal satu dunia gelakkan awak.
Lainlah kalau awak memang jenis gila glemer.
Buat benda bodoh pun tak pe, asalkan femes...


BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff