my nuff

Hantu Kak Limah... Best Ke?

Filem Hantu Kak Limah masih lagi ditayangkan di pawagam. Akak berpeluang menonton dengan ahli keluarga pada dua minggu yang lepas. Sebelum tengok akak harap sangat filem HKL ni setaraf lawaknya dengan Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sebab filem2 francais kampung pisang lepas tu macam tak berapa nak menjadi.
Punya lah tinggi expectation akak terhadap HKL ni. Tapi... Hmmm...
Dek kerana tuan pengarah Mamat Khalid tu dah letak dua filem yang akak cakap tadi pada tahap yang tinggi, pada akak HKL masih belum mampu tandingi kelucuan kedua filem tu. Hanya beberapa part je yang buat akak gelak sambil pegang perut terutama part Nayan (Ropie). Yang lain tu biasa-biasa je. Yang paling akak tak boleh terima bila part hantu kubur tu, tuan pengarah cedok sejibik sejibon dari filem Pendekar Bujang Lapuk.. Apa motifnya..? nak kembalikan kegemilangan filem zaman P Ramlee ke..? tak perlu kot. Filem P Ramlee dah ada standard nya sendiri yang memang tiada siapa boleh tandingi.
Apapun, tahniah sebab Filem HKL dah pecah panggung. Melebihi angka RM30 juta. haa... tepukkk...
lepas ni nak tunggu filem berat Munafik 2 mampu atau tak tandingi HKL.

ok tu je komen rakyat marhain macam akak pasal filem HKL. Tak minta sesiapa setuju atau membangkang.. tu hanya sekadar pendapat...

Cerita Tentang Hati

Sejak dua menjak ni hati akak diserang rasa gelisah, rasa kurang enak. Tak tau lah macammana nak digambarkan. Namun semua tu bukan tak berasas, ada puncanya. Lepas pengakuan demi pengakuan, penemuan demi penemuan, akak tak tau dah macammana nak tepis rasa syak wasangka untuk dapatkan ketenangan tu.
Klise jika ada yang kata, nak dapatkan ketenangan, dekat kan diri dengan Tuhan. Betul, segalanya perlu berbalik pada Yang Esa. Tapi sebagai manusia biasa yang banyak kelemahannya, adakalanya kita hilang daya upaya. Hati kecil tu terlalu mengharapkan sesuatu yang besar untuk buat ia bahagia.
Bukan tidak cuba untuk elak dari memikirkannya. Pelbagai perkara dilakukan untuk menyibukkan diri. Cuba mengalihkan perhatian untuk perkara yang lain. Tapi hati ni kuat untuk memikirkan ke arah tu. Tak dapat membayangkan adakah diri benar2 kuat untuk menempuh ujian tu.
Kisah 10 tahun mula kembali berlegar2. Dan mulalah hati kecil berbisik2 kalaulah.. kalaulah... ye kalaulah akak buat keputusan drastik 10 tahun lepas pasti akak tak perlu hadapi cerita ni lagi. Tapi aturan Tuhan bukan kita hamba yang hina dina ni tolong susunkan. Yang kita mampu buat hanya susun sepuluh jari menadah tangan dan berdoa. Dan yang pasti air mata akan jadi sahabat karib.
Bila tekanan demi tekanan, mulalah akal rancak membuat perancangan bagaimana perjalanan hidup lepas ni. Pun begitu itu hanya sekadar perancangan yang Allah mungkin izin tetapi tidak redha. Bila tatap 3 pasang mata yang tiada dosanya, mulalah hati ni terpujuk sendiri. Mulalah akal yang penuh perancangan nya tadi berbisik sayu. Sabarlah... Jangan difikirkan sangat... Biarkan... Doa yang terbaik..Hmmm...
Itulah cerita tentang hati, kecil tapi besar dugaannya.

#sekadarluahan

Berhabuk dah blog akak..

uhuk.. uhuk...
gatal tekak akak menahan batuk bila buka blog akak ni... dah lama tak buka ko.. segala habuk sawang menyawang ada kat sini. hihihi...
lama dah mencoret kat sini..
sibuk yang amat... (sibuk apa pun tak tau lah)
eh korang yang sudi singgah blog akak ni apa khabar? (ada ke yang sudi)
perkembangan terbaru akak?
akak telah berkembang dengan jaya.... adoi yai payah nya nak kurus balik
tapi akak berazam sebelum habis tahun 2018 ni akak akan dapat kan semula berat ideal akak.
bukan nak kurus sangat pun persis model tu.
korang doakan akak k..
ok daaa...
nanti akak celoteh lagi.. banyak lagi nak cerita ni.


BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff