my nuff

Cerita Tentang Hati

Sejak dua menjak ni hati akak diserang rasa gelisah, rasa kurang enak. Tak tau lah macammana nak digambarkan. Namun semua tu bukan tak berasas, ada puncanya. Lepas pengakuan demi pengakuan, penemuan demi penemuan, akak tak tau dah macammana nak tepis rasa syak wasangka untuk dapatkan ketenangan tu.
Klise jika ada yang kata, nak dapatkan ketenangan, dekat kan diri dengan Tuhan. Betul, segalanya perlu berbalik pada Yang Esa. Tapi sebagai manusia biasa yang banyak kelemahannya, adakalanya kita hilang daya upaya. Hati kecil tu terlalu mengharapkan sesuatu yang besar untuk buat ia bahagia.
Bukan tidak cuba untuk elak dari memikirkannya. Pelbagai perkara dilakukan untuk menyibukkan diri. Cuba mengalihkan perhatian untuk perkara yang lain. Tapi hati ni kuat untuk memikirkan ke arah tu. Tak dapat membayangkan adakah diri benar2 kuat untuk menempuh ujian tu.
Kisah 10 tahun mula kembali berlegar2. Dan mulalah hati kecil berbisik2 kalaulah.. kalaulah... ye kalaulah akak buat keputusan drastik 10 tahun lepas pasti akak tak perlu hadapi cerita ni lagi. Tapi aturan Tuhan bukan kita hamba yang hina dina ni tolong susunkan. Yang kita mampu buat hanya susun sepuluh jari menadah tangan dan berdoa. Dan yang pasti air mata akan jadi sahabat karib.
Bila tekanan demi tekanan, mulalah akal rancak membuat perancangan bagaimana perjalanan hidup lepas ni. Pun begitu itu hanya sekadar perancangan yang Allah mungkin izin tetapi tidak redha. Bila tatap 3 pasang mata yang tiada dosanya, mulalah hati ni terpujuk sendiri. Mulalah akal yang penuh perancangan nya tadi berbisik sayu. Sabarlah... Jangan difikirkan sangat... Biarkan... Doa yang terbaik..Hmmm...
Itulah cerita tentang hati, kecil tapi besar dugaannya.

#sekadarluahan

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff